Thursday, June 2, 2011

Kelahiran Cahayamata Ketiga

Salam,

Syukur kerana pada 3hb Mei 2011, telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang sihat. Lahir dalam sekitar jam 2.50 petang di Pusat Rawatan Mahkota, Melaka. Baby ketiga ni agak berat sikit berbanding dengan anak yang sulong dan yang kedua. Beratnya 4.1kg. Alhamdulillah both mom and baby sihat adanya. Dinamakan Muhammad Adam Zafri Bin Azri.

Doktor pakar yang menyambut kelahiran Zafri iaitu Dr. Wan Yoke Har serta kakitangan Bilik Bersalin di Pusat Rawatan Mahkota telah menjalankan tugas dengan begitu baik sekali. Terima kasih semua.

Agak mencabar apabila Zafri mula menunjukkan tanda Jaundice pada hari ke 3. Bacaan Jaundice meningkat ke 10++ pada hari ke 7 namun Alhamdulillah kembali menurun dan sihat sepenuhnya pada hari yang ke-sepuluh. Pelbagai petua yang dicuba, antaranya sentiasa memberikan susu ibu, mandi air rebusan sengseh, memberi serbuk mutiara, memberi minum air kacang bendi dan memberi minum air sengkuang cina.

0 comments: